Maya Iris Blog Header

Pages

Tuesday, June 23, 2009

Novel

Salam,

Baru je hantar kertas cadangan novel no.3 kepada Penerbit. Novel no. 3 ni rasanya paling lama nak siap. Rangka dah lama ada, tapi isinya masih tak cukup. Sibuk dengan kerja kat ofis. Sibuk dengan tanggungjawab kat rumah. Sibuk cari hobi baru.. hehehe..

Ingatnya nak berenti menulis, tapi bila Penerbit kata cetakan kedua buku no.1 dah nak habis, rasa bersemangat balik nak sambung menulis pulak.. Aku menulis bukan sebab duit tapi sebab hobi yang accidental.

Actually, bukan senang untuk aku menulis. Sebab bukan buat fulltime. Kekadang idea tak datang. Kekadang lepas tulis satu chapter, macam tak kena je dengan flow cerita. Nak cari tajuk pun satu hal jugak.. Bukan senang nak cari tajuk yang ada daya penarik.



Ini novel no. 1 aku. Sampai 4 kali rombak, baru diterima oleh Penerbit. Round pertama, Penerbit kata watak heroine lemah. Round ke-2, Penerbit kata masih tak Islami. Round ke-3, Penerbit kata novel ni 'Islam Tempelan'. Fulamak! Sikit punya kaw kritik Penerbit. Sampai aku kata, kalau round ke-4 pun masih salah, aku giveup lah. Alhamdulillah, versi ke-4 tulah yang dah jadi buku. Walaupun kategorinya Novel Islami, tapi jiwang karat yang buat dia laku kot.. hehehe..



Ini novel no. 2 pulak. Yang ni senang sikit tulisnya. Sebab dah tahu style apa Penerbit nak. Ceritanya agak serious. Level jiwang tu biasa2 jer.. Yang susahnya nak cari bahan rujukan tu. Tapi yang ini, round pertama terus diterima. Terkezut!

So, sekarang stuck ngan no. 3. Hish.. semoga sempat siap sebelum KL International Book Fair 2010 nanti.

Over and out.

Thursday, May 21, 2009

Jangan jadi hantu

Salam,

Kekawan aku heboh pasal satu memo yang berlegar2 dalam emel ttg satu syarikat yang melarang pekerja Islam dari solat. Lalu aku teringat 20 tahun lalu, aku pernah kerja kat satu company Jepun kat KL, kat area golden triangle. Ofis tingkat 14, surau awam tingkat 2. Bos Jepun. Open ofis, jadi mana pegi pun bos boleh nampak. Lunchtime 12:30-1:30pm. Kalau hari Zohor masuk lambat, memang kelamkabut. Kalau nak solat, kena turun guna 'service elevator' sebab takut terserempak ngan bos. Tapi service elevator pun menakutkan jugak.. faham2 ajelah, elevator tu untuk angkut barang, sampah.. dan pekerja buruh yang guna elevator tu.. eeee... suspen giler bila depa tengok kita semacam.

Kalau bos besar dari Jepun datang, lagilah tekanan. Tak sorang pun berani keluar ofis. Setiap kali aku 'curi-curi' pi solat.. (aku tak suka word 'curi2' ni, sebab aku tak curi apa2 pun).. aku terfikir, adakah aku takut kat bos aku yang kafir yang kekadang datang tengahari bau arak, atau aku takutkan Allah yang menjadikan aku?

Last2nya, aku resign. Aku dapat kerja kat company milik kerajaan. Tak lama lepas aku resign dari company Jepun tu, aku dengar bos aku mati heart attack. Banyak sangat minum arak, kot.. ataupun dia 'hara kiri' sebab tak dapat balik Jepun.. Wallahu'alam

Anyway, 19 tahun aku kerja kat company milik kerajaan ni. Orang pun heran kenapa aku begitu setia. Aku katakan, aku rasa aman damai menjalankan ibadat. Sebulan sekali ada majlis baca Ya Sin. Kekadang ada ceramah agama. Ada kumpulan usrah.

Dalam 19 tahun tu, memang tekanan kerja ada.. bila tekanan tu datang, rasa nak cari kerja lain pun ada.. tapi bila fikir2 balik, tekanan kerja dari majikan yang memberi kebebasan beribadat taklah sehebat tekanan tak dibenarkan solat. Kalau tak solat, rasa tak halal jejak tanah.. amenda kaki dua yang tak jejak tanah? Hantu lah..

Tapi jangan salah guna kebebasan tu pulak.. nanti gaji tak berkat.. sebab kerja juga satu ibadah..

Over and out.

Wednesday, April 29, 2009

Salam Perkenalan

Asssalamu'alaikum.

Ini blog entri aku yang pertama. Dah lama aku tahu pasal orang tulis blog. Ramai kekawan pun ada blog memasing. Aku tak heran pun. Ntah naper, tetiba aku rasa nak buat blog sendiri.

Maya Iris bukan nama aku yang sebenar. Maya Iris ialah nama penaku. Aku seorang novelis, secara eksiden. Nanti aku cerita camne aku tetiba terbuka hati nak jadi novelis di blog yang lain. Sambil-sambil tu promo novel aku, ye tak?

Jadi, kenapa Maya Iris? Maya ialah nama timangan semasa zaman kanak-kanak. Masa kecik, aku pelat. Aku tak boleh sebut namaku dengan betul. Tak boleh sebut huruf 'r'. Jadilah sebutan namaku sebagai 'Maya'.

Iris tu pulak mana datangnya? Iris sejenis bunga yang cantik, secantik namanya. Bunga ros terlalu biasa orang guna... jadi gunalah Iris.

Di blog ini aku guna bahasa pasar jer.. tapi dalam novel guna Bahasa Melayu Tinggi. Ada juga komen pembaca, dialog aku berbunyi formal sebab perkataan seperti 'tak', 'nak', 'kan' semua ditukar kepada perkataan lengkap 'tidak', 'mahu', 'bukan'. Tapi nak buat camner.. itu garispanduan penerbit yang mesti aku patuhi.. kalau tidak manuskrip aku kena reject..

Itulah serba sedikit latarbelakang Maya Iris. Selamat berkenalan.