Maya Iris Blog Header

Pages

Friday, December 2, 2011

Mahar Cinta Cinderella diulangcetak

Assalamu'alaikum, Setelah berminggu-minggu diberitahu MCC sudah diulangcetak tapi masih belum masuk gudang, akhirnya MCC masuk gudang juga. Memang selama minggu-minggu itu, saya mengalami perasaan yang bercampur-baur. Stok MCC sudah habis, pembaca sudah bertanya bila mereka boleh dapatkan MCC yang ada otograf khas.
Sambil2 itu, sila baca review MCC dari seorang pembaca.. Cik Khaulah, jika awak baca post ini, saya harap awak tak marah saya linkkan review awak di sini.

Wednesday, November 2, 2011

Mahar Cinta Cinderella Naik Carta

Salam, Bulan lepas Mahar Cinta Cinderella berada pada kedudukan no. 3 dalam Carta Novel Dewasa Terlaris PTS bagi bulan September. Bagi bulan November, Mahar Cinta Cinderella naik satu tangga ke kedudukan no. 2. Adakah MCC akan naik ke kedudukan pertama bulan Disember? Semua terpulang pada para pembaca yang masih menyokong saya. Terima kasih diucapkan pada semua. Bagi yang belum baca MCC, buku ini dikategorikan sebagai buku susah letak..

Wednesday, October 12, 2011

Mahar Cinta Cinderella Semanis Kurma

Assalamu'alaikum, Hari ini pejabatku didatangi oleh tetamu terhormat Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya Ustaz Wan Akashah. Rakan-rakan pejabat begitu teruja mahu mendengar ceramah mereka berdua yang bertajuk Keluarga Syurgawi. Dalam ceramah diberikan tip-tip agar mencapai keluarga bahagia yang membawa seisi keluarga ke syurga. Aku mengambil kesempatan mempromosi novel Mahar Cinta Cinderella kepada Ustazah. Rupa-rupanya Ustazah juga berminat membaca novel. Semoga Ustazah menjadikan Mahar Cinta Cinderella sebagai satu novel favorite.

Thursday, October 6, 2011

Mahar Cinta Cinderella No. 3 Terlaris

Salam. Pagi-pagi kelmarin aku melayari internet. Memang kebiasaannya aku akan menyinggah ke website PTS. Nah! Terkejut juga apabila melihat Mahar Cinta Cinderella menduduki tempat ketiga dalam carta terlaris bulan September bagi kategori Novel Dewasa. Mahar Cinta Cinderella baru saja diterbitkan pada bulan Ogos, bulan September sudah masuk carta. Alhamdulillah, aku tidak berhenti mengucapkan syukur sepanjang hari. Hari ini pula, seorang editor di PTS mengatakan novel itu sudah kehabisan stok di gudang. Perasaanku? Terasa seperti dalam hati ada blink-blink...

Saturday, October 1, 2011

Mahar Cinta Cinderella masuk carta

Salam,

Baru sebulan Mahar Cinta Cinderella sudah masuk carta jualan >2000 naskah. Satu berita yang cukup menggembirakan.

http://universitipts.com/index.php/site/comments/prestasi_jualan_judul_januari_-_september_2011/



Aku pun tidak tahu apakah yang menjadi pelaris kepada karya ketiga aku ini. Apakah kerana cover design yang menarik? Mungkin juga, kerana ramai pembaca yang aku temui mengatakan mereka suka dengan design cover novel ini.

Atau tajuknya yang universal? Siapa tidak kenal Cinderella kan? Kalau aku meneruskan dengan tajuk asal 'Cinta Jam 12', apakah prestasinya akan sebaik ini? Wallahu'alam, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya..

Walau apa pun aku bersyukur kepada Allah kerana diberikan daya kreatif untuk menulis..

Friday, September 9, 2011

Mahar Cinta Cinderella di Popular Bookstore

Salam Sayang Semua,

Pada hari Selasa lalu, saya merayau-rayau di IOI Mall, Puchong. Memandangkan saya masih bercuti Raya hari itu, jadi saya ada banyak masa bagi meninjau samada novel Mahar Cinta Cinderella sudah ada di Popular Bookstore. Menurut anak-anak, novel itu masih tiada di kedai buku itu pada hari Jumaat sebelumnya.


Inilah rupa Mahar Cinta Cinderella yang tersusun di pintu hadapan Popular Bookstore, IOI Mall Puchong. Ada diskaun 20% bagi bulan September.

Dapatkanlah segera!! Tidak rugi memilikinya... (menurut kata penulis..hehehe)

Sunday, August 14, 2011

Siapakah Dr. Ehsan??

Assalamu'alaikum,

Ya, siapa Dr. Ehsan dalam novel Mahar Cinta Cinderella?

Sambung cerita ya...

Dr. Ehsan bekerja di hospital yang sama dengan Nur Sayang. Dah lama dia suka pada Nur Sayang. Tetapi Kamil dan Dr. Andrew menjadi penghalang baginya menyatakan isi hati kepada Nur Sayang. Apabila Dr. Andrew gagal memurtadkan Nur Sayang, barulah Dr. Ehsan muncul dan melamar Nur Sayang. Tetapi Nur Sayang takut mengecewakan Dr. Ehsan. Bagi Nur Sayang, dia tidak dapat membimbing Dr. Ehsan yang tidak berapa arif tentang Islam kerana pengetahuannya tentang Islam pun biasa2 jer..

Dr. Ehsan merajuk giler.. dia bawa diri ke Gaza sebagai doktor sukarelawan. Di Palestin, dia diperlihatkan oleh Allah keajaiban yang meneguhkan imannya. Tetapi dia ditangkap oleh tentera Zionis. Semasa di dalam tahanan Jeneral Zionis, dia berjumpa dengan Arielle, seorang wanita Yahudi yang terpikat padanya.

Lalu dia membandingkan Nur Sayang dan Arielle...

Akhirnya kusentuh novelku sendiri..

Assalamu'alaikum,

Pada 12 Ogos, sewaktu aku bersiap2 untuk pulang ke rumah, courier datang menghantar satu parcel dari PTS. Seperti yang telah dijanjikan oleh pihak courier, novel Mahar Cinta Cinderella selamat sampai ke tanganku.

Apa perasaanku apabila menyentuh novel ketiga aku itu?

Aku tersengih sorang diri.. bukan baju dan tudung saja ada blink2.. kulit novel pun ada blink2 sekarang..

Jika anda berminat, silalah klik pada tab Order Novel Maya Iris di atas.

Terima kasih...

Thursday, August 11, 2011

Hadiah Harijadi yang tidak sampai..

Assalamu'alaikum,

Hari ini hari lahirku. Aku mengharapkan buku Mahar Cinta Cinderella yang kupesan dari Penerbit akan sampai. Walaupun aku beli buku2 tu (dgn harga diskaun penulis), tapi ketibaannya yang selama ini kutunggu2 bolehlah dianggap sebagai hadiah. Perasaan memegang buku yang ditulis sendiri memang agak sukar untuk diungkapnya. Hanya orang2 yang pernah melaluinya akan faham bagaimana perasaan itu.

Tapi, buku aku tidak sampai hari ini. Aku mendapat panggilan telefon dari syarikat courier mengatakan mereka keliru dengan alamat yang tertera. Setelah aku mengesahkan alamat, courier berkata mereka akan hanya dapat menghantarnya esok.

Hadiah belated birthday lah nampaknya..

Monday, August 1, 2011

Mahar Cinta Cinderella

Assalamu'alaikum,

Lama betul aku tak tulis dalam blog ni. Lebih dari dua tahun.. kali terakhir update blog pasal hantar kertas cadangan novel no. 3.

Alhamdulillah, selepas dua tahun terperap, akhirnya novel no. 3 aku terbit juga. Tajuknya Mahar Cinta Cinderella.



Kalau tengok covernya macam cerita cinta remaja. Tapi ceritanya bukan cinta remaja dan tak sama dengan novel cinta yang melambak di pasaran.

Secara ringkas ceritanya tentang seorang doktor berbangsa Cina bukan Islam yang telah menyelamatkan Nur Sayang menggunakan sepasang kasut. Nur Sayang ialah jururawat pelatihnya. Nur Sayang rasa terhutang budi, tapi Dr. Andrew ni cengil dan suka kutuk Nur Sayang. Terutama pasal agama Nur Sayang, iaitu Islam. Sampai dia pernah suruh Nur Sayang tukar agama, sebab padanya Islam tak rugi kehilangan Nur Sayang yang hanya 'Islam celup'. Dia suruh Nur Sayang tukar agama agar dia boleh kahwin dengan Nur Sayang. Dalam diam dia suka kat Nur Sayang.

(Nota pengarang: di sini persamaan Nur Sayang dengan Cinderella. Cinderella nampak cantik dan kaya, tapi sebenarnya dia miskin. Sama juga dengan Nur Sayang, dia seorang Islam, tapi masih jahil dengan Islam).

Walaupun Dr. Andrew beragama Buddha tapi dia lebih cenderung pada fakta terutama fakta yang disokong oleh ilmu sains dan perubatan. Lama-lama Nur Sayang suka pada Dr. Andrew. Yelah, Dr. Andrew selalu jadi pendengar apabila Nur Sayang mengadu tentang teman lelakinya, Kamil yang suka menangguh tarikh perkahwinan mereka.

ok.. ok.. cukup setakat ini.. nanti sambung lagi ok...