Maya Iris Blog Header

Sunday, August 14, 2011

Siapakah Dr. Ehsan??

Assalamu'alaikum,

Ya, siapa Dr. Ehsan dalam novel Mahar Cinta Cinderella?

Sambung cerita ya...

Dr. Ehsan bekerja di hospital yang sama dengan Nur Sayang. Dah lama dia suka pada Nur Sayang. Tetapi Kamil dan Dr. Andrew menjadi penghalang baginya menyatakan isi hati kepada Nur Sayang. Apabila Dr. Andrew gagal memurtadkan Nur Sayang, barulah Dr. Ehsan muncul dan melamar Nur Sayang. Tetapi Nur Sayang takut mengecewakan Dr. Ehsan. Bagi Nur Sayang, dia tidak dapat membimbing Dr. Ehsan yang tidak berapa arif tentang Islam kerana pengetahuannya tentang Islam pun biasa2 jer..

Dr. Ehsan merajuk giler.. dia bawa diri ke Gaza sebagai doktor sukarelawan. Di Palestin, dia diperlihatkan oleh Allah keajaiban yang meneguhkan imannya. Tetapi dia ditangkap oleh tentera Zionis. Semasa di dalam tahanan Jeneral Zionis, dia berjumpa dengan Arielle, seorang wanita Yahudi yang terpikat padanya.

Lalu dia membandingkan Nur Sayang dan Arielle...

2 comments:

  1. Saya suka baca novel akak.Semua novel kakak saya dah beli.Tapi saya tunggu novel baru tak keluar2.saya harap ada novel baru daripada akak yg. menarik :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Novel baru sedang dalam proses penulisan. Sabar menanti ya...

    ReplyDelete