Maya Iris Blog Header

Pages

Thursday, December 22, 2016

Di sebalik tabir Trilogi Fugitif

Bahagian 2: Konspirasi Suami







Di sebalik tabir Trilogi Fugitif (Part 2)
Konspirasi Suami
Lepas Mahar Cinta Cinderella terbit, saya tak ada plan pun nak tulis sekuel. Satu hari, Pak Web Sutera menyuruh saya sambung MCC kerana dia geram dengan watak Jeneral Zuckermann. Tambahan pula anak saya yang di Mesir tu tak suka saya cederakan hero dalam MCC. Yang dah baca tentu tahu kecederaan apa. Dari situ saya terfikir cara untuk sembuhkan Dr. Ehsan.

Kemudian, melihat kepada keadaan sekarang, asalkan ada saja kejadian 'pelik' berlaku, pasti ada yg cakap "dah akhir zaman". Ya, akhir zaman. Tapi apa dia sebenarnya? Apakah setiap kejadian pelik itu terpisah antara satu sama lain? Atau setiap satu tu is a piece of a jigsaw puzzle? What is the big picture? Apa yang Al-Quran dan hadith terangkan tentang ini? Apa yang kita perlu buat? Inilah persoalan yang berlegar dalam kepala ketika saya menulis KS.

Memang babak berkenaan konspirasi akhir zaman tu agak heavy. Bukan semua orang boleh hadam part tu kerana ia menyentuh hal sejarah. Sejarah membosankan bagi segelintir orang. Tapi kalau diringankan, keseriusan masalah itu akan jadi kabur.

Tajuk asal ialah Bangunlah, Puteri Beradu. Supaya selaras dengan MCC yang ada watak dongeng Cinderella. Fairy tales lah sangatt! Awal2 lagi, editor suruh tukar mengikut trend dan mood cerita. Masa itu pulak trend ialah suamiku itu, suamiku ini. Jadi, saya cadangkan Konspirasi Suamiku. Yalah, Dr. Ehsan berjaya jadi suami dan dia terlibat dalam konspirasi. Editor drop 'ku'. Elok juga tu. Bayangkan dengan tajuk Konspirasi Suami pun saya dah kena kecam hebat, kalau Konspirasi Suamiku mungkin lagi teruk, kot. Tapi hikmahnya, ada pembaca yang tak tahu KS adalah sambungan MCC. Jadi, terbukti walaupun sekuel tapi ia boleh berdiri sendiri.

Selepas tulis KS, baru saya sedar saya lebih minat tulis thriller. Saya boleh lepaskan geram dan rasa marah dengan penyiksa watak dalam karya. Sadistik betul. Sebenarnya, KS lebih sesuai diletak bawah genre thriller-romantik. Supaya pembaca yang menyangkakan cerita ini semata-mata tentang kemanisan suami-isteri tak terkujat dengan babak konspirasi akhir zaman. Dan pembaca thriller pula akan tahu ini buku thriller, bukan sekadar cerita tentang kemanisan suami-isteri. Aparah korang ni! Jenuh nak explain.. Hehehe

Akhirnya, Dr. Ehsan berjaya beri rawatan kepada Ayala. Semoga Allah merahmati roh Allahyarham Dr. Amin Tai yang merawat anak saya. Kini, tiada lagi kesan ketumbuhan di lehernya. Saya agak terkilan, kerana tak sempat tunjuk keberkesanan rawatan tanpa pembedahan itu kepada arwah sebelum dia meninggal dunia.
Paling best bila saya tonton Marvel's Doctor Strange apabila Dr. Strange ada sebut tentang kajian Stem Cell and 3D Printing. Itulah kajian yang Dr. Ehsan lakukan dalam Konspirasi Suami. Kajian yang menjadi rebutan Konsortium. Rasa macam nak melompat dalam panggung. "I should be in Hollywood." Konon!

Setahun selepas terbitnya Konspirasi Suami, penerbit tukar fokus. Hak penerbitan bagi kedua2 tajuk, Mahar Cinta Cinderella dan Konspirasi Suami, dipulangkan kepada saya.

Kerana itu, ketika saya tulis Fugitif, saya pastikan ia boleh berdiri sendiri.



1 comment: